Penerimaan Cyberpunk 2077

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticPC: 90/100[21]

Cyberpunk 2077 menerima pujian meluas dalam kalangan pengkritik berdasarkan pemarkahan di Metacritic.[21] Namun begitu, para penganalisis mendakwa pemarkahan itu kurang memuaskan sehingga menjatuhkan harga saham CD Projekt sebanyak 9.4%.[22] Selain itu, terdapat cubaan serangan terhadap para pengkritik yang dikatakan berpunca daripada pengaruh penentang-penentang utama seperti penggiat YouTube serta pengaruh antifeminis dalam golongan ini yang menyebabkan pengkritik wanita lebih teruk diserang.[23] Permainan ini juga melahirkan kebimbangan kesihatan selepas seorang pengkritik mendakwa mengalami sawan fotosensitif akibat permainan itu, menyebabkan CD Projekt Red berusaha untuk memberi "penyelesaian yang lebih kekal".[24][25]

Pada pascapelancaran, permainan ini mendapat kritikan dan kutukan meluas dalam kalangan pemain akibat masalah-masalah teknikal dan gangguan permainan yang ketara, terutamanya dalam versi konsol.[26][27] Akibatnya, pihak CD Projekt memohon maaf atas isu tersebut dan membolehkan bayaran balik bagi golongan pemain yang kurang berpuas hati.[28] Meskipun begitu, golongan pemain konsol mendakwa bahawa permintaan bayaran balik mereka sering ditolak oleh penjual seperti Sony.[29] Kesudahannya, pihak Sony pada 17 Disember menarik balik Cyberpunk 2077 daripada pasaran PS Store berikutan tentangan besar-besaran terhadap judul itu, dan menjanjikan pulangan penuh terhadap mereka yang kurang berpuas hati.[30]

Rujukan

WikiPedia: Cyberpunk 2077 http://file770.com/2018-gamers-choice-awards-nomin... http://www.gamezone.com/news/new-cyberpunk-2077-de... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Cyberp... http://archive.today/2020.11.20-213905/https://www... http://archive.today/2020.11.21-174048/https://www... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-12-07... https://www.cyberpunk2077mod.com/ https://deadline.com/2020/01/ves-awards-2020-winne... https://www.engadget.com/2018/08/23/cyberpunk-2077... https://www.engadget.com/cyberpunk-2077-dialogue-l...